Home >
Curriculum >
Instructional Programmes (IP) >
Mother Tongue >
Malay Language
Malay Language

No. |
Nama Guru |
Alamat E-mel |
Kelas |
1
|
Nur Azah Bte Ismail
Guru Kanan Bahasa Melayu
|
nur_azah_ismail@moe.edu.sg
|
4E SBB, 3N/N SBB, 1E Band 1, 1E SBB |
2
|
Noraini Bte Washil
|
noraini_washil@moe.edu.sg
|
4E Band 1, 3E Band 1, 3NT, 2E,
|
3 |
Siti Farhana Bte Abdullah
|
siti_farhana_abdullah@moe.edu.sg
|
4N/N SBB, 3E Band 2, 2T, 1N/N SBB |
4
|
Siti Nadiah Bte Idris
|
siti_nadiah_binte_idris@moe.edu.sg
|
4E Band 2, 2E SBB, 1E Band 2, 1T
|
5
|
Siti Aisyah Bte Sa’id
|
siti_aisyah_said@moe.edu.sg
|
5N, 4T, 3E SBB, 2N/N SBB |
6 |
Mohd Khairul Moksin |
mohammad_khairul_moksin@moe.edu.sg |
2E, 1 E SBB |
VISI
Ke arah membina generasi Arif Budiman yang celik budaya
|
![]() |
MISI
Setiap pelajar bertanggungjawab melestarikan bahasa Melayu dan menghargai warisan budaya kita.

Usulan-usulan Unit Bahasa Melayu WGS
1. Cendekia Bahasa E/NA/NT
Cedekia Bahasa merupakan kompilasi nota yang merangkumi kesemua aspek peperiksaan (Kertas 1, 2 & 3). Cendekia Bahasa dihasilkan khas oleh guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Woodgrove dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa Melayu. Cendekia Bahasa akan dikemas kini setiap tahun agar kekal relevan.
2. SUKSES & BESTARI
Buku ulang kaji SUKSES dan BESTARI merupakan kompilasi kertas peperiksaan untuk menyediakan pelajar sebelum peperiksaan. Sukses & Bestari khusus untuk pelajar-pelajar Menengah Atasan sahaja.
3. ML Bridging Programme
ML Bridging Programme dikhususkan khas untuk pelajar-pelajar Menengah Satu. Program yang berlangsung sepanjang satu semester ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar Menengah Satu merapatkan jurang kemahiran berbahasa Melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah.
4. Coretan Aksara
Coretan Aksara merupakan kompilsai bahan-bahan bacaan yang dikumpulkan khas untuk pelajar.
5. Pakej Sembang Spontan
Pakej Sembang Spontan merupakan kompilasi bahan-bahan lisan berdasarkan topik yang terdapat dalam buku teks.
6. Drama Dalam Pendidikan untuk Para Pelajar Menengah 3
Bengkel ini diadakan sejak 2019 untuk menghasilkan para pelajar yang berkeyakinan serta berminda kreatif dalam mengasah kemahiran interaksi lisan. Program sepanjang 12 sesi memberikan peluang bagi pelajar keluar dari norma pembelajaran di dalam kelas. Pada akhir sesi, para pelajar berpeluang untuk mementaskan hasil karya mereka.
7. Bengkel Penulisan Kreatif untuk Para Pelajar Menengah 4
Bengkel Penulisan Kreatif telah diadakan sejak tahun 2016 untuk mengasah kemahiran penulisan mereka. Bengkel ini dikelolakan oleh penyampai yang berkaliber bagi menyuntik kreativiti serta bahasa kreativiti dalam penghasilan plot serta bahasa.
8. Pertandingan Sahibba
Sekolah Menengah Woodgrove telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Sahibba untuk keempat-empat zon di peringkat nasional. Pertandingan ini didedahkan kepada para pelajar untuk memperkasakan kosa kata serta memupuk sikap kesetiakawanan.
Pembangunan Professional untuk Guru
- Pembentangan di Seminar Bahasa Melayu 2020
Unit Bahasa Melayu aktif dalam pembentangan di Seminar Bahasa Melayu pada peringkat nasional.